Monday, 25 November 2013

Usah Calarkan Hari Bahagiamu...

Apabila musim cuti sekolah bermula, maka bertandanglah kad jemputan walimah sahabat2, sanak saudara dan jiran2. Yeaa!~ sesi menggantung periuk pun bermula hehe ^^, ... Cuba sedaya upaya untuk menghadiri jemputan yang ada, jika ada aral, doa tidak lupa kami sekeluarga titipkan buat para mempelai.

~barakallahulakuma wa baraka ‘alaikuma wa jama’a bainakuma fi khair~



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



:: Usah calarkan hari bahagiamu ::

Akahwatku,

Ingatan ini kucoretkan buat diriku dan dirimu,
Agar kita sentiasa saling ingat mengingatkan,
Menuju jalan menggapai keredhaan Tuhan.

Akahwatku,

Menyentuh fenomena di hari perkahwinan,
Semua mempelai ingin kelihatan menawan,
Groom tampil segak lagi tampan,
Bride ayu dengan kuntuman senyuman.

Namun,
Ada hal yang membimbangkan,
Yakni apabila pengantin perempuan tewas dengan perhiasan,
Bukanlah berhias itu menjadi larangan,
Tapi sederhana itu adalah menyelamatkan,
Bukankah perhiasan melampau itu suatu kesalahan?
Ia boleh mengheret kepada tabarruj di hari perkahwinan,
Menarik perhatian lelaki ajnabi kepada pengantin perempuan,
Menjemput suara-suara sumbang memperihalkan kecantikan,
Kecantikan pengantin perempuan samada asli atau kepalsuan,
Kepalsuan kerana ditutupi make up yang keterlaluan,
Parahnya lagi sehingga berubah wajah sang pengantin perempuan,
Menerima pujian melambung-lambung sampai ke bulan,
Ah! Malangnya semua itu hanya semata rekaan.

Akhawatku,

Mahukah kita hari bahagia itu menjadi hari menolak keberkatan?
Apa salahnya jika kita bersederhanaan,
Kos walimah juga semakin berkurangan,
Tiada gaun labuh kembang setaman,
Tiada  manik dan labuci berlebihan untuk menambah tarikan,
Tiada make up keterlaluan untuk menutupi kekurangan,
Bukan beerti anda tidak cantik menawan,
Cantik itu mempunyai pelbagai pandangan,
Pandangan mata hati bukan pada luaran,
Ia menjangkau segala hal yang menjadi syariat Tuhan,
Cantik apabila pakaiannya dan perhiasannya ada ketaatan,
Menutup aurat tuntutan yang tidak diabaikan,
Perhiasan pula penuh kesederhanaan,
Agar tidak kelihatan selekeh dan peminat kotoran,
Bukankah itu yang menjadi tuntutan?
Islam itu indah lagi memudahkan,
Semoga hari bahagia itu adalah hari menjemput Mawaddah wa Rahmah dari Tuhan,
Bukan hari menolak keberkatan.

Sungguh! Sederhana itu sering menyelamatkan.


:: Semoga Allah pelihara diri aku dan kamu dalam menjahui segala laranganNya dan melaksanakan segala suruhanNya...ameen ::

-berjalan tanpa henti-
~jauharah al-shiffa'~

Tuesday, 12 November 2013

Mengejar sebuah kejayaan...





Kejayaan...
bukan hanya dengan gulungan sijil,
bukan sekadar pekerjaan yang hebat,
bukan setakat banglo dan kereta mewah,
bukan dengan simpanan berjuta-juta...

Namun kejayaan juga bisa hadir dalam pelbagai cara.

Kejayaan juga apabila,
punya pasangan yang soleh/ah,
punya anak-anak yang taat kepada Allah,
punya ketenangan di dalam hati tanpa gusar dan parah...

Sungguh,
Kejayaan yang sebenar itu adalah,
Kembali kepada Allah dalam keadaan dilimpahi rahmat dan redhaNya!

Justeru,
jangan gusar andai kita tidak punya kejayaan yang dimiliki orang lain,
namun bersyukurlah dengan kejayaan yang sudah direzekikan Allah kepada kita,
kerana hakikatnya kita masih mengejar sebuah kejayaan yang sama,
yakni kejayaan meraih redha Yang Maha Esa~

Ayuh! Kita mula mengejar dan terus mengejar kejayaan yang hakiki.
Ya Rabb, rezekikan kami kejayaan kembali kepadaMu dalam keadaan penuh dengan rahmat dan redha dariMu..ameen~ :')


:: berjalan tanpa henti ::
~jauharahalshiffa'~

Thursday, 31 October 2013

SUCCESS comes from ALLAH


berapa A ko dpt?

amacam pointer?

result sem ni ko dekan ke?

^___^ soalan-soalan musim result keluar.


Kejar A atau Ilmu?


       Bilangan A tidaklah membuktikan sebanyak mana ilmu yang kita perolehi, namun pesan seorang pensyarah saya jawapan kamu dalam peperiksaan menunjukkan tahap kefahaman kamu terhadap ilmu.

       Pertamanya, ayuh kita sama-sama muhasabah niat kita belajar (terutamanya diri saya), menuntut ilmu kerana Allah atau kejar pointer@gred?

       Letakkan niat yang sebetulnya agar ilmu yang kita dapat diberkati Allah. Saya yakin, jika kita niat dengan baik kita akan berusaha dengan lebih baik. Sebab... bila kita sudah niat ingin lakukan sesuatu kerana Allah insha Allah kita akan lebih fokus dan tekun dalam melaksanakannya. Dan... dengan usaha yang baik bersama azam yang telah tekad, insha Allah kecemerlangan itu ada. Allah itu Maha Baik, setelah kita  berusaha kerana Dia, natijahnya pasti baik. Allah itu al-Rahman wa al-Rahim.

Result masih KO walaupun sudah usaha?

        Pesan Allah dalam surah Yususf ayat 87 yang maksudnya :
"... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir."
Setelah berazam untuk berjaya, kita telah berusaha, namun masih belum berjaya. Muhasabah yuk! Sudah iring usaha itu dengan tawakkal dan berdoa kepadaNya?

       Jangan kita menjadi hamba yang sombong lagi riak. Usaha kita laksanakan andai tanpa keredhaan Allah tidaklah membawa sebarang makna. Jadi, setelah berazam untuk berjaya, iringkanlah dengan tawakkal dan usaha serta doa kepadaNya.

        Namun, terkadang kita telah laksanakan semua, masih lagi kejayaan bukan buat kita. Ketahuilah bahawa Allah telah menyimpan kejayaan itu di sudut yang lain dalam kehidupan. Dalam fatrah menuntut ilmu daripada sekolah menengah hingga kini di universiti, pelbagai  mutiara syiffa' yang saya kutip daripada nasihat para guru.

"Kejayaan yang sebenar, bukanlah semata-mata berjaya didunia tapi berjaya di akhirat. Jika kamu telah berusaha, rezeki kejayaan dalam peperiksaan bukan untuk kamu, yakinlah Allah telah menyimpan kejayaan untuk kamu di sudut yang lain. Allah itu Maha Baik dan tidak akan menzalimi hambaNya"
Sebelum start paper pertama STPM dulu, guru saya ada berpesan,
"Kalau kamu semua sudah berusaha, tapi bukan cemerlang bukan rezeki kamu, jangan bersedih kerana ketahuilah menjadi seorang BAPA dan IBU kepada anak-anak yang soleh dan solehah juga adalah satu kecemerlangan yang besar" ^_^
"Life ist'n like a bed of roses." 

        Setelah berusaha sebaik dan semampu mungkin, pasti kejayaan yang dikecapi itu sesuatu yang cukup membahagiakan dan memuaskan hati. Namun, jangan kita lupa bahawa kejayaan dan kecemerlangan itu adalah datang daripada Allah. Hakikatnya kita cuma hamba yang tiada miliki apa jua tanpa izin daripada Yang Maha Pemurah.

        Walau kita telah berusaha namun tiada kejayaan yang kita rasai, yakinlah bahawa Allah telah menyimpan kejayaan itu pada suatu tempat yang lebih baik. Allah itu Maha Mengetahui dan tiada sesuatu yang Dia jadikan itu sia-sia.

        Alhamdulillah thumma alhamdulillah thumma alhamdulillah, setelah hampir 3 tahun berjuang, saya dan sahabat-sahabat direzekikan Allah dengan segulung ijazah dan gelaran graduan. Tahniah buat semua graduan konvokesyen UKM ke-41. Semoga segala ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan sebaiknya... ameen.





TAHNIAH!

-berjalan tanpa henti-
~jauharah al-shiffa'~
     

Wednesday, 26 June 2013

Dilema Bakal Graduan


Dah tahun berapa sekarang?

      Tahun 3.

Tahun akhir?

      Ya.

Wah, seronoknya dah nak habis belajar. Apa perancangan lepas ni?

Lepas grad nak sambung master ke?

Nak kerja di mana lepas ni?

Habis belajar ni nak kahwin ke?

xxx Soalan-soalan yang kebiasaannya singgah ditelinga pelajar tahun akhir xxx

Master, Kahwin dan Kerja~

Dilemanya, yang manakah mahu di dahulukan?


Sunday, 16 June 2013

Aku akan terus setia....




       Batrisyia bersantai di pondok buatan abahnya berdekatan dengan sawah padi. Petang itu sungguh damai, angin menyapa lembut bagaikan membawa kebahagian. Subhanallah sugguh tenang!
Pandangannya pergi jauh merentas kehijauan sawah yang terbentang luas, bagai mengimbau memori semalam.

"Along...! Along...!"
   
     Lamunan Batrisyia tersentak dengan panggilan abahnya, En.Fadzly. Pada Batrisyia, lelaki yang sering mengaku dirinya biasa-biasa itu punya hati yang luar biasa.

"Ye abah."

"Jauh memandang, berangan ye long? "Usik abahnya yang sememangnya rapat dengan anak-anak.

"Haish! Abah ni. Tak ada lah, along suka tengok pemandangan macam ni. Tenang! Maha Suci Tuhan yang menciptakan seluruh alam semesta. Subhanallah... tiada tandingan."

     Abah senyum mendengarnya. Senyum penuh syukur anaknya mampu memandang alam bukan sekadar alam, tetapi melihat juga besarnya kuasa yang menciptakan alam.

Friday, 14 June 2013

Rendahkan egomu dan menangislah!



Menangislah!
Terapi hati, jangan biarkan ia mati.

Duhai diri,

Tahukah kita apa itu tangisan?
Ada apa pada sebuah tangisan?
Menangis boleh mendapatkan habuan?
Atau sekadar menghilangkan kesedihan?

Sunday, 26 May 2013

Pengalaman dan cap jari

Hah! agak unik bunyinya. Apakah kaitan antara pengalaman dan cap jari ? =D

       Menghampiri penghujung semester terakhir saya di UK Malaysia, alhamdulillah Allah masih membuka peluang untuk belajar menulis daripada mereka yang berpengalaman. Kali ini rezeki saya dan beberapa sahabat lain mengutip ilmu daripada Ust.Hasrizal Jamil. Program ini anjuran Siswazah Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam. Jazakumullah buat AJK atas anjuran program seperti ini.
Ucapan terima kasih khas buat sahabat a.k.a sifu saya Nurhida Yusoff yang mengajak saya ke bengkel ini. ^____^



       Antara tips yang ust kongsikan adalah menterjemahkan pengalaman yang kita lalui dengan cara penafsiran tersendiri. Terkadang kita akan mengalami pengalaman yang sama dengan sahabat-sahabat yang lain, namun tafsirannya tidak akan sama.

      Kita memandang batu yang sama namun, tafsiran kita mungkin berbeza. Seorang kontraktor mungkin melihat batu itu mempunyai keburukan dan kegunaan tersendiri dalam setiap binaannya. Bagi seorang yang suka memelihara ikan mungkin memandang batu itu sesuatu yang sangat bermanfaat baginya untuk menghiasi akuarium ikannya. Mungkin bagi seorang yang lain, batu itu ibarat hati manusia yang sarat dengan noda-noda dosa. Keras! namun tidak mustahil untuk ia dipecahkan. Andai batu bisa hancur gara-gara titisan air, inikan pula hati manusia. Pasti bisa dilembutkan dengan kalimah suci al-Quran, hidayah dan izin dari-Nya. Nah! berbezakan tafsirannya?

Friday, 26 April 2013

Makhluk tidak mampu memberi bekas.

Hanya hampir 2 bulan dari sekarang saya akan meninggalkan bumi pembukitan ilmu ini.
Seronok? ^_^ .... ia bercampur baur, kerana ada hal yang akan saya rindu di sini.

Sungguh, saya antara orang yang bertuah, dipilih Allah untuk berada di sini. Antara hal yang paling meninggalkan bekas di hati saya adalah kuliah pensyarah-pensyarah saya yang saya nobatkan mereka sememang seorang PENDIDIK bukan sekadar PENGAJAR.
Namun, bekas di hati saya bukanlah mereka yang palitkan, ia datang dari Allah Yang Maha Hebat.

Semester terakhir saya ini, Allah rezekikan saya belajar dengan seorang pendidik yang hebat. Subhanallah wa Masya Allah.
Belum pernah saya mengikuti kelas berkaitan undang-undang dan fiqh semasa tetapi sarat dengan ilmu tauhid.
Allahu yubaariku fik ya ustaz~

Kata-kata ust membuat kami pelajar-pelajarnya terkesan. Tapi sering kali dia ingatkan, yang meninggalkan bekas dihati kamu bukan saya, itu datangnya daripada Allah.

Tuesday, 26 March 2013

Sebelum Mata Terlena~

Muhasabah diri sebelum mata terlena...

Akhir-akhir ini banyak berita kematian yang diterima. Berita mengejut itu memang sangat memuhasabahkan diri.



Mati tidak kenal usia,
muda atau tua,
dan kita juga masih belum tahu masa kita,
persoalan yang perlu dan selalu ada,
adakah kita sudah bersedia?

Allahu Rabbi,
Bagaimana kelak tatkala aku menghadapMu,
Sudikah Kau terima aku,
Ampunilah segala dosa-dosa aku ya Allah,
Dan aku memohon kepadaMu agar akhirnya aku nanti dengan husnul khatimah,
Semoga Engkau melimpahkan redhaMu pada ku.

Thursday, 7 March 2013

Tutuplah sayang, kita telah dimuliakan Allah~

Akak, kenapa wanita dianggap kolot hanya kerana pakaiannya yang menutup aurat ??? 
hah? terkejut saya apabila diajukan soalan sebegitu. Allahu Rabbi. T_T

Kolotkah anda apabila menutup aurat? 

Tepuk dada, tanya iman anda.

Andai iman yang menjawab,

Pasti jawapannya tidak kolot, malah tinggi nilainya.


Menutup aurat suatu kemuliaan bagi wanita.


Islam datang membawa 1001 kebahagian buat kaum hawa. Masakan tidak, sewaktu zaman Jahiliyyah wanita dihina, hak diabaikan, malah kelahiran anak perempuan dalam sesebuah keluarga pada masa itu dianggap suatu kehinaan. Firman Allah dalam surah al-Nahl ayat 58 yang bermaksud :

"Dan apabila seorang dari mereka diberi khabar dengan (kelahiran) anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya dan dia sangat marah."

Terbitnya fajar Islam memartabatkan kemuliaan wanita, memebebaskan wanita dari sebarang kezaliman malah Allah menjanjikan azab yang pedih bagi segala penghinaan dan penghambaan terhadap wanita.

Allah telah memuliakan wanita dengan syariat menutup aurat tatkala turun firmanNya yang bermaksud :

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhankan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu, Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" (al-Ahzab 33:59)

Merenungi ayat di atas jelas menggambarkan perintah Allah kepada wanita untuk menutup aurat itu adalah untuk mengangkat martabat kita menjadi muslimah yang baik serta menjauhkan kita daripada gangguan.

Friday, 1 March 2013

Sahabat~ Antara tanda kasih sayang Allah kepada kita...


Antara nikmat Allah yang besar apabila kita dikurniakan sahabat-sahabat yang sentiasa mendekatkan diri kita dengan Dia.

Sungguh, saya sangat bersyukur direzekikan Allah sahabat-sahabat yang apabila dekat dengan mereka hati saya akan mengingati Yang Maha Pencipta.
Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu akan teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat akan kematian…

Hargailah nikmat ini,
jangan disakiti hatinya,
jangan dikhianati kepercayaannya,
jangan diaibkan kekurangannya,
jangan dibiarkan dia menghampiri neraka.

Teman,

ukhwah ini ibarat untain tasbih yang tiasa hujungnya,
manisnya dirasai kini sampai syurga,
bersama engkau membuatkan aku mengingati Yang Maha Esa,
Sungguh, kehadiran engaku sangat memberi makna.

Teman,

walau jarak sering memisahkan kita,
walau kesibukan sering membatasi kita,
Namun,
jangan kita lupa untuk saling terikat dalam untaian doa.

Teman,

Ayuhlah kita bersahabat kerana Dia,
bersahabat kerana ikatan aqidah kita,
agar benar-benar terealisasi ukhwah lillahi ta'ala.


~jauharahal-shiffa'~








:: Sahabat,
meski aku bukan teman yang baik buatmu,
namun ketahuilah,
aku sentiasa berusaha untuk menjadi teman yang tidak melalaikanmu...
Semoga ukhwah ini sampai syurga ::


Thursday, 28 February 2013

Ilmu Falak dan Keimanan

Alhamdulillah Program Delegasi Astro Fiqh & Kosmo Fiqh berlangsung dengan jayanya. Meski kami harus berdepan dengan pelbagai cabaran namun kemanisan jua dihirup di akhirnya.

Lawatan kami ke Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dan Perak serta Pusat Falak Syeikh Tahir banyak memberi kami ilmu-ilmu berkaitan falak dan pengurusannya di organisasi ini.

Monday, 11 February 2013

Kudapan untuk hati ^_^



Jam 10.00 menjadi kebiasaan saya,sahabat-sahabat praktikal dan beberapa staff wanita mengisi perut (kudapan) ^_^. 
Perbualan dengan sahabat-sahabat yang bekerja dan sudah bekeluarga sememangnya akan berkisar tentang pengurusan rumah tangga, penjagaan anak-anak. Kagum saya dengan jiwa mereka, kekuatan mereka. Menjadi seorang isteri, ibu, dan pekerja bukan sesuatu perkara yang mudah semudah memakan kacang. Perbualan dengan mereka saya manfaatkan untuk belajar daripada pengalaman mereka. 

"Kak Siti (bukan nama sebenar) tak penat ke lepas balik kerja kena urus anak-anak, masak untuk makan malam, buat kerja-kerja rumah ? Kami (saya dan sahabat-sahabat yang masih bujang) nih pukul 9 malam dah mengantuk. Balik kerja pukul 5 dah rasa letih sangat sampai kadang-kadang nak lepas je solat isya' terus tidur."

Kak Siti senyum melebar dengan pertanyaan kami.

Kuatlah Demi Redha Allah



“Buat baik salah, buat jahat lagi salah! Ah, apa yang betul? Baik aku buat jahat dah memang sah-sah jahat!” bentak seorang gadis remaja.

“Kak, kenapa salah saya yang sedikit mesti dikaitkan dengan masa lalu saya? Saya ingin berubah, tapi langsung tiada sokongan meski daripada kedua ibu bapa saya. Saya jadi begini juga kerana salah didikan mereka! Mengapa ibu bapa begini yang saya dapat??”

Marahnya bukan kepalang.

Saya bermain kata-kata didalam minda mencari kalam yang paling sesuai untuk menenangkannya.

“Istighfar dik, marah itu daripada syaitan, jangan kita turutinya. Marah itu daripada api, berwuduklah dulu, moga reda marahmu”

Usai wuduk dia kembali menyambung bicara “Kak, mengapa kebaikan yang saya lakukan namun yang kelihatan seolah-olah saya berpura-pura dihadapan orang lain bahkan orang tua saya? Saya ingin berubah, tapi jika ini semua yang saya dapat, apa kebaikannya?”