Menghampiri penghujung semester terakhir saya di UK Malaysia, alhamdulillah Allah masih membuka peluang untuk belajar menulis daripada mereka yang berpengalaman. Kali ini rezeki saya dan beberapa sahabat lain mengutip ilmu daripada Ust.Hasrizal Jamil. Program ini anjuran Siswazah Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam. Jazakumullah buat AJK atas anjuran program seperti ini.
Ucapan terima kasih khas buat sahabat a.k.a sifu saya Nurhida Yusoff yang mengajak saya ke bengkel ini. ^____^
Antara tips yang ust kongsikan adalah menterjemahkan pengalaman yang kita lalui dengan cara penafsiran tersendiri. Terkadang kita akan mengalami pengalaman yang sama dengan sahabat-sahabat yang lain, namun tafsirannya tidak akan sama.
Kita memandang batu yang sama namun, tafsiran kita mungkin berbeza. Seorang kontraktor mungkin melihat batu itu mempunyai keburukan dan kegunaan tersendiri dalam setiap binaannya. Bagi seorang yang suka memelihara ikan mungkin memandang batu itu sesuatu yang sangat bermanfaat baginya untuk menghiasi akuarium ikannya. Mungkin bagi seorang yang lain, batu itu ibarat hati manusia yang sarat dengan noda-noda dosa. Keras! namun tidak mustahil untuk ia dipecahkan. Andai batu bisa hancur gara-gara titisan air, inikan pula hati manusia. Pasti bisa dilembutkan dengan kalimah suci al-Quran, hidayah dan izin dari-Nya. Nah! berbezakan tafsirannya?
Manis dan pahit pengalaman kita akan terukir dengan cara kita menafsirkannya. Terkadang melalui sesuatu ujian yang perit, meski ada tangis dimata namun hati mampu merasakan ketenangan. Kenapa? kerana memandang ujian itu sebagai suatu nikmat daripada Sang Pencipta. Kadangakala pula menghadapi sebuah nikmat dengan rasa perit dijiwa. Mengapa? kerana memandang nikmat itu sebagai ujian daripada Allah untuk melihat keimanan hambaNya.
Pengalaman ibarat cap jari kita. Ia berbeza-beza antara setiap manusia. Bukan kerana lainnya jalan kita lalui, tetapi kerana berbezanya kita membaca pengalaman tersebut.
Inilah salah satu tips yang saya dapat daripada bengkel penulisan ini. Ust menyarankan kami untuk selalu menulis agar lama-kelamaan tulisan kita akan semakin baik. Terkadang kita mungkin ketandusan idea, jadi ust sarankan untuk menulis pengalaman yang kita lalui mengikut penafsiran diri kita. Pengalaman mampu dikutip hampir setiap hari. Jadi, selesailah isu ketandusan idea! Bawalah perbezaan dalam penulisan kita berbanding yang lain dengan cara penafsiran.
Hargailah pengalaman kerana ia seperti cap jari anda!
*Nasihat yang sangat berguna buat saya yang sering merasakan ketandusan idea untuk menulis. Terkadang monolog saya sudah cantik bait-bait ayatnya, namun tatkala menulis....argghhh~ sukar bagi saya mengukir kemanisan itu dalam ayat yang mudah dan enak untuk dibaca. Perlu rajin menafsirkan pengalaman melalui tulisan, agar semakin mahir melembutkan bahasa untuk dirasa pembaca. ^_~
-berjalan tanpa henti-
~jauharahal-hiffa'~
No comments:
Post a Comment