Thursday, 28 February 2013

Ilmu Falak dan Keimanan

Alhamdulillah Program Delegasi Astro Fiqh & Kosmo Fiqh berlangsung dengan jayanya. Meski kami harus berdepan dengan pelbagai cabaran namun kemanisan jua dihirup di akhirnya.

Lawatan kami ke Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dan Perak serta Pusat Falak Syeikh Tahir banyak memberi kami ilmu-ilmu berkaitan falak dan pengurusannya di organisasi ini.


Perbincangan dua hala antara para mahasiswa/i dan pihak pentadbiran jabatan mufti banyak memberi info yang baik, Antaranya berkaitan peluang pekerjaan, info yang sangat sesuai bagi saya dan sahabat-sahabat yang bakal bergelar graduan ^^, .

Apabila seorang sahabat meminta Ust Jais Anwar, wakil mufti yang menyambut kehadiran kami tentang pendedahan kepada peri pentingnya ilmu falak, point yang dipetik ust amat menarik perhatian saya adalah "Ilmu falak dapat menambah keimanan kita kepada Allah".

Ia memang tidak dapat dinafikan kerana menghayati alam semesta yang diciptakan Allah akan menimbulkan rasa rendah diri yang teramat sangat kepada Sang Pencipta Yang Maha Agong.
Betapa besar nikmat-nikmat yang Allah kurniakan dan betapa sikit pula syukur kita kepadaNya.

Teringat saya, ketika saya dan sahabat-sahabat yang mempelajari subjek falak syar'ie menghadiri satu kursus falak syar'ie, di mana kami bekesempatan melihat anak bulan meski umurnya sudah mencecah dua hari. Perasaan ? Kami sangat teruja. Subahanallah. Maha Suci Tuhan yang menciptakan, ia terlalu cantik dan sememangnya tidak bisa digambarkan oleh pelukis hebat sekalipun. 

Saat menghayati keindahan ini, terasa betapa berdosanya diri ini kepada Allah.
betapa hina dan kerdilnya kita dihadapanNya.
Bagaimana kelak takala kita bertemu denganNya, apakah masih sudi diterima walau diri terpalit dosa?

Sungguh telah pelbagai nikmat yang Allah berikan.
Pokok yang dijadikan kayu api.
Air yang digunakan untuk minum.
Haiwan yang dijadikan binatang tunggangan.

Namun, bagaimanakah syukur kita? Sudahkah setimpal dengan nikmatNya?

Allahu rabbi, 
terasa sungguh malu kepada Allah. Nikmat yang Dia beri sungguh banyak, syukur kita sangatlah sedikit.
Ighfir zunubi Ya Allah~ T_T

Kesempurnaan alam semula jadi ciptaan Illahi ini benar-benar menggamit rasa keinsafan, membina rasa kehambaan, mengingatkan diri akan keAgungan Tuhan.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Antara kenangan di sana ~



Pemandangan Kota raya Pulau Pinang dari tingkat 48 KOMTAR ^^,


Khusyuk melihat peta bintang dan stellarium :)


Pusat Falak Sheikh Tahir. (Rugi kami tak sempat mencerap langit malam di sini)


Ust Anwar yang menyampaikan pelbagai pengisian tentang ilmu falak.


Laut Penang.(air hujan di tingkap bas dah macam bokeh plak) ^_^


Subhanallah! Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?  55:18

^_^

Perjalanan sewaktu malam kami ditemani bulan purnama. (gambar tiada, sebab gelap...camera phone xdapat tangkap dgn jelas)

Melihat kehijauan pokok, kebiruan awan, keindahan malam, semuanya menyiram ketengan dihati.
Inilah antara sebab mengapa saya amat suka duduk di kerusi tepi tingkap ketika menaiki bas.

Sungguh, mentadabbur alam itu bisa  menambah keimanan!

::berjalantanpahenti jauharahal-shiffa'::

No comments:

Post a Comment