Friday, 26 April 2013

Makhluk tidak mampu memberi bekas.

Hanya hampir 2 bulan dari sekarang saya akan meninggalkan bumi pembukitan ilmu ini.
Seronok? ^_^ .... ia bercampur baur, kerana ada hal yang akan saya rindu di sini.

Sungguh, saya antara orang yang bertuah, dipilih Allah untuk berada di sini. Antara hal yang paling meninggalkan bekas di hati saya adalah kuliah pensyarah-pensyarah saya yang saya nobatkan mereka sememang seorang PENDIDIK bukan sekadar PENGAJAR.
Namun, bekas di hati saya bukanlah mereka yang palitkan, ia datang dari Allah Yang Maha Hebat.

Semester terakhir saya ini, Allah rezekikan saya belajar dengan seorang pendidik yang hebat. Subhanallah wa Masya Allah.
Belum pernah saya mengikuti kelas berkaitan undang-undang dan fiqh semasa tetapi sarat dengan ilmu tauhid.
Allahu yubaariku fik ya ustaz~

Kata-kata ust membuat kami pelajar-pelajarnya terkesan. Tapi sering kali dia ingatkan, yang meninggalkan bekas dihati kamu bukan saya, itu datangnya daripada Allah.


Persoalan ringkas ust bangkitkan buat kami.
Apabila makanan kita jamah, adakah makanan itu mengenyangkan?
Apabila ubat kita cari tatkala sakit, adakah ubat itu menyembuhkan?
Apabila kita berjalan, adakah kita yang berjalan?

Kata ust,
bukan makanan itu yang mengenyangkan, bukan juga ubat itu yang menyembuhkan, bukan juga kamu yang berjalan.

Allahu Rabbi~
Berkelip-kelip mata saya memikirkan maksud yang ingin ust sampaikan, sempat saya menoleh kiri kanan melihat respon sahabat-sahabat lain. Hah! wajah masing-masing seolah-oleh kebingungan mencari-cari isi tersirat disebalik persoalan yang ringkas.
Mungkin dalam hati masing-masing semua mengatakan, "tingginya bahasa ust, sukar kami menggapai maksudnya"

Ust menghuraikan kekusutan kami,
Yang mengenyangkan kita itu Allah.
Yang menyembuhkan kita itu Allah.
Yang membuatkan kita bisa berjalan juga kudrat daripada Allah.

Ternyata semua makhluk itu tiadalah hebatnya, kerana tanpa izin Allah semua kelebihan makhluk tidak akan dapat berfungsi.

Andai kita anggap, kaki itu yang membuat kita berjalan,
ketahuilah bahawa orang yang lumpuh juga punya kaki, akan tetapi dia tidak bisa berjalan malah untuk menggerakan jarinya juga tiada kemampuan. Padahal dia juga punya kaku seperti kita.
Nyatalah, Allahlah yang membuatkan kita berjalan.

Andai makanan itu kita anggap mengenyangkan,
ketahuilah kadangkala kita makan dalam kuantiti yang lebih banyak daripada biasa, namun masih juga belum terasa kenyang.
Allahu Rabbi. Dialah yang mengenyangkan, bukanlah makanan itu.

Andai ubat itu kita sangka menyembuhkan,
ketahuilah orang lain juga pernah mnggunakan ubat yang sama, namun sakitnya tiada pulih.
Subhanallah. Dialah yang menyembuhkan, bukan ubat itu.

Hanya dengan izin Allah, semua makhluk mampu berfungsi mengikut kudrat yang telah Allah tetapkan baginya.

Teringat saya pada kalam yang sering diungkap motivator dan cerdik pandai,
"Kerana terlalu gembira dengan hadiah di depan mata, kita lupa bersyukur kepada Pemberi hadiah Yang Maha Pemurah"

Begitulah manusia,
saya, kamu dan kita semua, sering lupa bahawa tiada hebatnya makhluk tanpa izin Allah SWT.
sering juga kita lupa bersyukur kepada Pemberi nikmat setelah nikmatnya kita nikmati.



Saya sangat terkesan dengan kata-kata ust dan melalui kata-kata ust juga saya mula sedar bahawa yang hebat itu Allah. Dia telah menjadikan ust dan mengirimkan ilmu-ilmuNya kepada ust.
Dan yang meninggalkan bekas di hati saya dek kata-kata ust juga adalah Allah.
Antara kami ramai yang mendengar kata-kata ini, tidak saya nafikan bahawa bukanlah semuanya benar-benar terkesan. Kerana.... kadangkala ust masih menghujankan kami dengan ilmu-ilmu tauhid, namun tiada berbekasnya hal itu di hati saya mungkin dek keran kurang fokus dan kurang menghayati. Atau yang lebih tepat, Allah tidak izinkan hal itu berbekas di hati saya.

Namun ingat, kita dianjurkan berterima kasih kepada manusia tanda kita bersyukur kepada Allah.

Bersyukurlah dengan kesan dan bekas yang Allah tinggal di hati kita agar kita menjadi hamba yang tahu bersyukur dengan nikmatNya.

Ternyata, Makhluk tidak mampu memberi bekas!


**26/4 - 5/5 Pesta buku antarabangsa di PWTC. Saya sangat teruja untuk sampai sana~ JOM! 
selamat membeli buku... ^_____^

::jauharahal-shiffa'::

No comments:

Post a Comment