Jam 10.00 menjadi kebiasaan saya,sahabat-sahabat praktikal dan beberapa staff wanita mengisi perut (kudapan) ^_^.
Perbualan dengan sahabat-sahabat yang bekerja dan sudah bekeluarga sememangnya akan berkisar tentang pengurusan rumah tangga, penjagaan anak-anak. Kagum saya dengan jiwa mereka, kekuatan mereka. Menjadi seorang isteri, ibu, dan pekerja bukan sesuatu perkara yang mudah semudah memakan kacang. Perbualan dengan mereka saya manfaatkan untuk belajar daripada pengalaman mereka.
"Kak Siti (bukan nama sebenar) tak penat ke lepas balik kerja kena urus anak-anak, masak untuk makan malam, buat kerja-kerja rumah ? Kami (saya dan sahabat-sahabat yang masih bujang) nih pukul 9 malam dah mengantuk. Balik kerja pukul 5 dah rasa letih sangat sampai kadang-kadang nak lepas je solat isya' terus tidur."
Kak Siti senyum melebar dengan pertanyaan kami.
"Letih? memang ada... tapi semua tu hilang bila kita ikhlas dengan tanggungjawab ni. Keletihan akak akan hilang begitu sahaja bila melihat teletah anak-anak. Memang tidak dinafikan kadang-kadang sangat menguji mental dan fizikal. Namun, akak sangat bersyukur punya suami yang memahami dan banyak membantu.
"Memupuk rasa ikhlas tu tak semudah bicara akak." sampuk salah seorang sahabat saya.
"Setuju. Oleh sebab itulah, kita perlu fikirkan semula matlamat sebenar kita di sini, maksud akak di dunia ini. Matlamat kita mencari redha Allah kan. kerana matlamat itu lah akan lahir keikhlasan. Ia memang susah kerana ganjarannya sangat manis.Percayalah cakap akak, kekuatan pada jiwa seorang isteri dan ibu itu lain rasanya. Maha Suci Allah yang menciptakan manusia, Dia berikan kita tanggungjawab, Dia juga kirimkan kita kekuatan. Bila kamu semua sudah bergelar isteri dan ibu baru kamu akan benar-benar merasai ujian dan nikmat ini"
Saya menyampuk "Saya selalu terbaca, kata bijak pandai kamu tidak akan merasa susah dan senangnya menjadi ibu bapa sehingga kamu sendiri merasainya"
"Sebab tu lah kita perlu untuk menghargai ibu bapa. Bila akak sudah ada anak-anak, akak dapat bayangkan betapa lukanya hati seorang ibu apabila diderhakai anaknya. Namun, luka dihatinya tak akan lama kerana kasihnya tanpa syarat."
Subhanallah, hebat betul perasaan seorang ibu.
"Haa...sebab tu lah nak cari suami, cari yang hatinya terpaut pada cinta Allah. Cinta Allah akan membuatkan dia membantu kamu, sentiasa mengingatkan kamu tentang nikmat dan ujian yang perlu dilalui. Dia juga akan sentiasa doakan kamu agar diredhai Allah selalu. Semoga syurga menjadi milik isteri dan ibu yang solehah." sampuk seorang ustaz duduk di meja yang hampir dengan kami.
Tersenyum lebar saya dan sahabat lain.
(bukan mudah untuk dapat seperti tu ustaz...) ngomel saya dalam hati.
"Untuk dapatkan suami soleh, kamu semua dulu yang perlu jadi solehah" sambung ustaz tadi.
erk~ macam dia dengar kata-kata saya.
Perbualan ringkas itu, mengingatkan saya bahawa :
- Jadilah wanita solehah agar diredhai Allah dengan pasangan yang soleh jua.
- Ikhlaslah menjadi isteri, ibu dan pekerja.
- Didik anak-anak kerana Allah, maka dengan itu akan lahir kasih tanpa syarat. Biar terluka, marah si ibu tak akan lama, kasih yang dia hulurkan kerana Allah bukan kerana inginkan balasan anak-anaknya.
- hargailah susah payah ayah ibu, kerana kelak kita juga akan merasai apa yang mereka rasai dalam
mendidik kita. Semoga ketaatan kepada meraka akan membuahkan keredhaan Allah dengan
mengirimkan kita juga anak-anak yang taat.
mendidik kita. Semoga ketaatan kepada meraka akan membuahkan keredhaan Allah dengan
mengirimkan kita juga anak-anak yang taat.
- Allah tak akan susahkan hambaNya. Tanggungjawab yang Dia beri, dikirim juga bersama kekuatan.
Menjadi isteri, ibu dan pekerja/pelajar dalam satu masa adalah sesuatu yang hebat!
Ibu,
ku tahu...betapa sakitnya saat kau melahirkan aku,betapa lelahnya kau melayan setiap kerenahku,betapa gigihnya kau mendidik diriku,betapa tingginya kasihmu padaku,dan...
aku juga ingin engkau tahu,betapa aku bersyukur memiliki ibu seperti mu...harapanku cuma satu,semoga Allah meredhai syurga buatmu sepertimana telah Dia redha syurga ditelapak kakimu...
_anak yang mencintaimu kerna Allah_
jauharahal-shiffa'
salamu'alaik wtb..,
ReplyDelete(bukan mudah untuk dapat seperti tu ustaz...) ngomel saya dalam hati... haha like ngan dialog monolog dalaman ni..
manusia nak mencari yang soleh dan solehah tetapi lupa nak menyolehkan diri sniri..
islam bukan agama magic di samping tu kenala la usaha kan3..
p/s: good job sis, may Allah bless u ^^,
'alaiki salam~
Delete^_^ hehe... sama2 kita terus berusaha... smoga Allah rezekikan yang Dia redha dari sisiNya... ameen :)