amacam pointer?
result sem ni ko dekan ke?
^___^ soalan-soalan musim result keluar.
Kejar A atau Ilmu?
Bilangan A tidaklah membuktikan sebanyak mana ilmu yang kita perolehi, namun pesan seorang pensyarah saya jawapan kamu dalam peperiksaan menunjukkan tahap kefahaman kamu terhadap ilmu.
Pertamanya, ayuh kita sama-sama muhasabah niat kita belajar (terutamanya diri saya), menuntut ilmu kerana Allah atau kejar pointer@gred?
Letakkan niat yang sebetulnya agar ilmu yang kita dapat diberkati Allah. Saya yakin, jika kita niat dengan baik kita akan berusaha dengan lebih baik. Sebab... bila kita sudah niat ingin lakukan sesuatu kerana Allah insha Allah kita akan lebih fokus dan tekun dalam melaksanakannya. Dan... dengan usaha yang baik bersama azam yang telah tekad, insha Allah kecemerlangan itu ada. Allah itu Maha Baik, setelah kita berusaha kerana Dia, natijahnya pasti baik. Allah itu al-Rahman wa al-Rahim.
Result masih KO walaupun sudah usaha?
Pesan Allah dalam surah Yususf ayat 87 yang maksudnya :
"... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir."Setelah berazam untuk berjaya, kita telah berusaha, namun masih belum berjaya. Muhasabah yuk! Sudah iring usaha itu dengan tawakkal dan berdoa kepadaNya?
Jangan kita menjadi hamba yang sombong lagi riak. Usaha kita laksanakan andai tanpa keredhaan Allah tidaklah membawa sebarang makna. Jadi, setelah berazam untuk berjaya, iringkanlah dengan tawakkal dan usaha serta doa kepadaNya.
Namun, terkadang kita telah laksanakan semua, masih lagi kejayaan bukan buat kita. Ketahuilah bahawa Allah telah menyimpan kejayaan itu di sudut yang lain dalam kehidupan. Dalam fatrah menuntut ilmu daripada sekolah menengah hingga kini di universiti, pelbagai mutiara syiffa' yang saya kutip daripada nasihat para guru.
"Kejayaan yang sebenar, bukanlah semata-mata berjaya didunia tapi berjaya di akhirat. Jika kamu telah berusaha, rezeki kejayaan dalam peperiksaan bukan untuk kamu, yakinlah Allah telah menyimpan kejayaan untuk kamu di sudut yang lain. Allah itu Maha Baik dan tidak akan menzalimi hambaNya"Sebelum start paper pertama STPM dulu, guru saya ada berpesan,
"Kalau kamu semua sudah berusaha, tapi bukan cemerlang bukan rezeki kamu, jangan bersedih kerana ketahuilah menjadi seorang BAPA dan IBU kepada anak-anak yang soleh dan solehah juga adalah satu kecemerlangan yang besar" ^_^
"Life ist'n like a bed of roses."
Setelah berusaha sebaik dan semampu mungkin, pasti kejayaan yang dikecapi itu sesuatu yang cukup membahagiakan dan memuaskan hati. Namun, jangan kita lupa bahawa kejayaan dan kecemerlangan itu adalah datang daripada Allah. Hakikatnya kita cuma hamba yang tiada miliki apa jua tanpa izin daripada Yang Maha Pemurah.
Walau kita telah berusaha namun tiada kejayaan yang kita rasai, yakinlah bahawa Allah telah menyimpan kejayaan itu pada suatu tempat yang lebih baik. Allah itu Maha Mengetahui dan tiada sesuatu yang Dia jadikan itu sia-sia.
Alhamdulillah thumma alhamdulillah thumma alhamdulillah, setelah hampir 3 tahun berjuang, saya dan sahabat-sahabat direzekikan Allah dengan segulung ijazah dan gelaran graduan. Tahniah buat semua graduan konvokesyen UKM ke-41. Semoga segala ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan sebaiknya... ameen.
-berjalan tanpa henti-
~jauharah al-shiffa'~
No comments:
Post a Comment