“Buat baik salah, buat jahat lagi salah! Ah, apa yang betul?
Baik aku buat jahat dah memang sah-sah jahat!” bentak seorang gadis remaja.
“Kak, kenapa salah saya yang sedikit mesti dikaitkan dengan masa lalu saya? Saya ingin berubah, tapi langsung tiada sokongan meski daripada kedua ibu bapa saya. Saya jadi begini juga kerana salah didikan mereka! Mengapa ibu bapa begini yang saya dapat??”
Marahnya bukan kepalang.
Saya bermain kata-kata didalam minda mencari kalam yang paling sesuai untuk menenangkannya.
“Istighfar dik, marah itu daripada syaitan, jangan kita
turutinya. Marah itu daripada api, berwuduklah dulu, moga reda marahmu”
Usai wuduk
dia kembali menyambung bicara “Kak, mengapa kebaikan yang saya lakukan namun
yang kelihatan seolah-olah saya berpura-pura dihadapan orang lain bahkan orang
tua saya? Saya ingin berubah, tapi jika ini semua yang saya dapat, apa
kebaikannya?”
Kuatlah demi redha Allah
“Perubahan perlukan kekuatan.”
“Tidak semudah kata ketika melaksanakannya. Perubahan untuk
kembali ke jalan kebenaran perlukan mujahadah yang kuat. Tatkala hati sudah disimbahi hidayah Allah,
maka bersyukurlah kerna Allah sedang memandumu kembali ke jalan diredhaiNya.
Jangan cepat berputus asa dengan mehnah dalam perubahan kerana itulah ujian
keimanan.”
Mujahadah itu memang payah kerana manisnya dirasai saat hati
mengecap cinta Illahi. Perubahan itu memang memerlukan bekal kekuatan yang
cukup mantap, kita harus membeli kembali kepercayaan orang yang telah kita jual
tiada harga suatu masa dulu, kita harus membersihkan kembali pandangan mata
orang kepada diri kita yang telah kita kotori suatu masa dulu, kita harus memperbaiki
hati yang telah kita pecahkan suatu masa dulu, yang paling penting kita harus
kembali mendapatkan redha Illahi yang telah kita biarkan ia berlalu bagai tiada
erti suatu masa dulu.
Saat pertama perubahan kita pasti mengalami keperitan dalam melazimi
kebaikan. Kuat! Kerna kemudian kita akan menempuh kebiasaan dalam melazimi
kebaikan. Terus kuat! Kerana akhirnya kita bakal merasai kemanisan dalam
melazimi kebaikan. Kuat! Kuat! Dan Kuat! Untuk istiqamah dalam melaksanakan
ketaatan.
“ Adik,
Kuatlah kerana kita perlu menahan kata-kata sindiran saat
kita melakukan kebaikan, apatah lagi mengajak orang melakukan kebaikan.
Kuatlah kerana kita perlu terus menjaga iman dihati agar
tidak mudah berputus asa melalui mujahadah perubahan.
Kuatlah kerana kita perlu mendidik hati untuk terus sabar
dalam melaksanakan ketaatan.
Kuatlah kerana kita lakukan semua itu kerana mencari redha
Tuhan.” Saya cuba menyusun kata agar dia mampu berfikir secara positif.
Apakah kita tidak merasa tersiksa dalam fatrah perubahan
apabila mengingati dosa dan kesalahan yang kita lakukan? Itu perlu bahkan mesti
kita rasainya kerana suatu masa dulu kita telah bergembira dengannya. Kuatlah
untuk membayar kembali semua itu. Taubat kita mesti diiringi penyesalan agar
mencapai erti taubat yang sebenar.
Jangan mudah melatah
Disaat kita disimbahi hidayah Allah dan sedang bermujahadah
membina kembali jati diri seorang muslim yang sebenar jangan mudah melatah
dengan pelbagai tomahan. Biar dihina, dicaci maki, disindir, difitnah atau apa
jua, ingatlah kita tidak lakukan semua itu kerana manusia tapi kerana Allah
Yang Maha Esa!
“Biarpun daripada Ibu bapa sendiri?”
Ya!
“Bagaimana saya atasi hal ini untuk tidak membenci mereka?”
Mereka berdua adalah insan yang tidak boleh kita pilih.
Mereka adalah kurniaan Allah yang sangat istimewa. Kita disuruh Allah untuk
mentaati meraka selagi tidak betentangan dengan syarak.
“Tapi saya tidak bahagia”
Bahagia itu subjektif, jika kita menilai bahagia dengan
menanti perubahan ibu bapa kita sememangnya kita tidak akan merasa bahagia
selagi meraka tidak berubah. Jadi, sampai bila kita harus menderita?
Ubah hati kita dalam memahami makna bahagia. Letaklah dalam
diri kita bahawa bahagia kita adalah apabila hati mereka bahagia. Nah, yang
perlu kita fikirkan cuma perkara yang harus kita lakukan untuk membahagiakan
mereka kerana itu akan membahagiakan hati kita. Jangan difikirkan perihal apa
yang diberikan orang tua kita kepada kita. Kelak, jelik pemberian mereka akan
mendorong kita untuk menderhaka. Allah akan menilai kita atas perbuatan kita
bukan atas perbuatan ibu bapa kita.
Untuk rasa bahagia, cintailah mereka kerana Allah! Kerana
disaat itu, tiada perit yang kita rasai meski kurang kasih sayang yang kita
rasai daripada kedua orang tua kita. Semua itu hasil daripada Cinta kerana
Allah.
Apakah dengan semua itu, masih belum cukup untuk membina
kekuatan agar terus kuat dalam mujahadah perubahan meski tiada sokongan
daripada kedua ibu bapa kita sendiri?
Kita akan kuat dan terus kuat jika benar perubahan kita
kerana Allah.
Mari kita renungi pesan Rasulullah SAW dalam sabda Baginda
yang bermaksud :
“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”
Maka, langkahkan kaki perubahan kita kerana Allah, bukan
kerana yang lain. Hal ini cukup untuk menguatkan kita untuk terus cekal
mengharungi mujahadah perubahan.
“Kini saya mengerti mengapa perubahan ini perlu diteruskan
dengan kekuatan biarpun tanpa sokongan.”
"Kerana apa?” soal saya ingin mengetahui kefahamannya.
Senyum diukir. “Kerana Allah!”.
Kalimah itu membuatkan hati saya turut bahagia.
Alhamdulillah, akhirnya dia jelas mengapa redha Allah itu harus terus dikejar
tanpa henti.
Saya, dia, dan kita semuanya harus terus Kuat! Kuat! dan
Kuat! untuk bermujahadah mengejar cinta dan redha Illahi agar kembalinya kita
kelak tiada sia-sia.
Ya Rabb, pimpinlah kelemahan hati kami dalam mencari
redhaMu yang nilainya sangat tinggi, agar tidak tersasar jalan perjuangan kami menuju
ke perkampungan akhirat yang abadi. Ameen.
::berjalantanpahenti::
::berjalantanpahenti::
No comments:
Post a Comment