“Buat baik salah, buat jahat lagi salah! Ah, apa yang betul?
Baik aku buat jahat dah memang sah-sah jahat!” bentak seorang gadis remaja.
“Kak,
kenapa salah saya yang sedikit mesti dikaitkan dengan masa lalu saya? Saya
ingin berubah, tapi langsung tiada sokongan meski daripada kedua ibu bapa saya.
Saya jadi begini juga kerana salah didikan mereka! Mengapa ibu bapa begini yang
saya dapat??”
Marahnya bukan kepalang.
Saya
bermain kata-kata didalam minda mencari kalam yang paling sesuai untuk
menenangkannya.
“Istighfar dik, marah itu daripada syaitan, jangan kita
turutinya. Marah itu daripada api, berwuduklah dulu, moga reda marahmu”
Usai wuduk
dia kembali menyambung bicara “Kak, mengapa kebaikan yang saya lakukan namun
yang kelihatan seolah-olah saya berpura-pura dihadapan orang lain bahkan orang
tua saya? Saya ingin berubah, tapi jika ini semua yang saya dapat, apa
kebaikannya?”