Thursday, 7 March 2013

Tutuplah sayang, kita telah dimuliakan Allah~

Akak, kenapa wanita dianggap kolot hanya kerana pakaiannya yang menutup aurat ??? 
hah? terkejut saya apabila diajukan soalan sebegitu. Allahu Rabbi. T_T

Kolotkah anda apabila menutup aurat? 

Tepuk dada, tanya iman anda.

Andai iman yang menjawab,

Pasti jawapannya tidak kolot, malah tinggi nilainya.


Menutup aurat suatu kemuliaan bagi wanita.


Islam datang membawa 1001 kebahagian buat kaum hawa. Masakan tidak, sewaktu zaman Jahiliyyah wanita dihina, hak diabaikan, malah kelahiran anak perempuan dalam sesebuah keluarga pada masa itu dianggap suatu kehinaan. Firman Allah dalam surah al-Nahl ayat 58 yang bermaksud :

"Dan apabila seorang dari mereka diberi khabar dengan (kelahiran) anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya dan dia sangat marah."

Terbitnya fajar Islam memartabatkan kemuliaan wanita, memebebaskan wanita dari sebarang kezaliman malah Allah menjanjikan azab yang pedih bagi segala penghinaan dan penghambaan terhadap wanita.

Allah telah memuliakan wanita dengan syariat menutup aurat tatkala turun firmanNya yang bermaksud :

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhankan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu, Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" (al-Ahzab 33:59)

Merenungi ayat di atas jelas menggambarkan perintah Allah kepada wanita untuk menutup aurat itu adalah untuk mengangkat martabat kita menjadi muslimah yang baik serta menjauhkan kita daripada gangguan.


Apabila seseorang itu menutup aurat, maka ia menunjukkan perbezaan dirinya dengan wanita non muslim. Allah telah memuliakan wanita yang beriman dengan syariat ini untuk kita mudah dikenali. Malah cara pendidikan Allah melalui syariatNya itu untuk kita dikenali dengan perwatakan yang baik. Menutup aurat menjadikan seseorang wanita muslimah itu kelihatan sopan, cantik malah kelihatan penuh berakhlak.

Analoginya, 

Seutas jam yang dijual dikedai jam diletakkan di dalam bekas, di simpan dengan kemas di dalam almari berkaca, malah dikunci lagi, semuanya untuk menjaga keselamatan jam tersebut. Bahkan ia menggambarkan kepada pelanggan betapa mahal, istimewa, kualiti dan berharganya jam tersebut.

Seutas jam yang lain, diletakkan di atas meja, tanpa penutup, dibiarkan terdedah begitu sahaja tanpa dikunci dengan kemas. Ini menggambarkan betapa kurang istimewa, kurang kualiti dan kurang berharga jam tersebut.

Sebagai pelanggan, jam mana menjadi pilihan anda?

Tanya iman anda, jawab dengan Cinta kepadaNya ^_^

Aurat dipelihara, keselamatan terjaga


Allah telah menjelaskan bahawa dengan menutup aurat, muslimah tidak akan diganggu. Sungguh, yakinlah bahawa apabila kita menutup aurat ibarat kita telah membina benteng dan dinding daripada ganguan sekssual dan maksiat. Tindakan kita menutup aurat, merupakan antara usaha untuk kita mengelakkan menjadi rangsangan syahwat.

Bayangkan, apabila seseorang wanita itu menutup aurat, mana mungkin kakinya akan dijejakkan ke pub, disko dan lain-lain tempat maksiat. Sesungguhnya ia menjadi salah satu wasilah untuk mendidik akhlak kita agar terselamat dan diri kita tidak terjerumus ke lembah maksiat.

Seperti analogi jam tadi, jam manakah yang lebih selamat? 
Jam yang di dalam almari ayng berkunci atau jam yang dibiarkan terdedah di atas meja?

Tanya iman anda, jawab dengan Cinta kepadaNya ^_^

Si Tutup Litup itu bukan maksum


"Ala, yang tutup litup tu, belum tentu baik..."

Respon yang sering dilontarkan apabila di ajak menutup aurat. Ya, tidak saya nafikan muslimah yang menutup aurat itu juga berdosa. Muslimah itu manusia biasa, bukan maksum seperti para Nabi dan Rasul. Muslimah yang menutup aurat juga pendosa, namun dia pendosa yang berusaha mengkoreksi dirinya demi mendekatkan diri dengan Yang Maha Memelihara. Oleh sebab itu dia menutup aurat. 

Bagi mereka yang tidak menutup aurat bagaimana pula? sudah baik tanpa terpalit dosa?

Saudariku sayang,
kerana kita sama-sama pendosa, maka berusahalah memperbaiki diri kita.

Muslimah yang menutup aurat, baikilah akhlak kita agar lebih sempurna ibadah kita kepadaNya.
Menutup aurat kerana Allah juga ibadah, maka bertutup litup tanpa akhlak yang baik ibarat nasi kosong tanpa lauk yang enak.

Muslimah yang baik akhlaknya, tutuplah aurat anda agar tidak cacat ibadah kita kepadaNya. Akhlak yang baik tanpa pelaksanaan syariat Allah juga tiada gunanya.

Kedua-duanya harus bersatu dalam diri seorang muslimah yang benar-benar cintakan Allah.



Jom tutup aurat kerana Allah!

Duhai saudariku yang disayangi kerana Allah,

Ayuh, kita pelihara aurat kita kerana kecintaan kita kepada Dia.

Jangan kerana mengharapkan pandangan manusia, kelak ia akan menjadi sesuatu yang sia-sia.
wal'iya zubillah.

Oleh kerana, setiap ketaatan yang kita lakukan itu juga adalah kerana kurniaan kekuatan daripada Allah, maka jangan lupa untuk terus, terus dan terus berdoa agar Allah sentiasa kurniakan kita kekuatan untuk melaksanakan ketaatan kepadaNya.

Ya Rahman, Ya Rahim,
Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus melaksanakan ketaatan dan terus hidup dalam ketaatan kepada Mu... ameen..

Yakinlah, seseorang wanita apabila dia memelihara dirinya, maka Allah akan pelihara maruahnya.

Allahu'alam.

::berjalantanpahenti_jauharahalshiffa'::

2 comments:

  1. salamu'alaik wtb.., ukhti ^^
    alhamdulillah.., good effort for da'wah.. this is just an opinion of mine.. why not you start writing? seriously.., write a book..^^

    #seriouslyinspiredbyyasmeenmogahed#hahaha

    ReplyDelete
  2. 'alaiki salam ya ukhti ^^.. masih merangkak..
    insha Allah bila sudah yakin akn cuba...
    dely tnggu bku ilham hikayat dlu~ ^_^

    ReplyDelete