Akhir-akhir ini banyak berita kematian yang diterima. Berita mengejut itu memang sangat memuhasabahkan diri.
Mati tidak kenal usia,
muda atau tua,
dan kita juga masih belum tahu masa kita,
persoalan yang perlu dan selalu ada,
adakah kita sudah bersedia?
Allahu Rabbi,
Bagaimana kelak tatkala aku menghadapMu,
Sudikah Kau terima aku,
Ampunilah segala dosa-dosa aku ya Allah,
Dan aku memohon kepadaMu agar akhirnya aku nanti dengan husnul khatimah,
Semoga Engkau melimpahkan redhaMu pada ku.
Beberapa hari lepas, dunia dikejutkan dengan perginya seorang ulama' terkenal al-Syeikh al-allamah Dr Muhammad SaĆd Ramadhan al-Buti rahimahullah.
Kemudian, pelajar UKM tahun 2 Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Almarhumah Mahani.
Pagi ini, kami dikejutkan lagi dengan perginya ayah kepada seorang sahabat sejabatan dan sekolej, saudari Nurul Farahin.
Allahu Rabbi,
Muhasabah buat diri ini yang terkadang lalai dan leka. Bagaimana pula pengakhiran yang bakal kita terima?
Tatkala saya dan sahabat-sahabat pergi melawat jenazah ayah k.farahin, hati saya sebak.
Terimbas kembali memori 8 tahun dulu. Masih segar semua itu dalam kotak fikiran saya. Bukan saya tidak redha, cuma kesegaran itu sering mengingatkan saya untuk terus berusaha berbakti kepadanya.
Melihat keluarganya, saya yakin mereka kuat menghadapi ujian ini. Semua pinjaman Allah itu pasti akan diambil semula. Seandainya segunung langit sekalipun kita menyayangi mereka, namun Allah lebih menyayangi mereka.
Tugas kita yang hidup, meneruskan kehidupan dengan berusaha bersungguh-sungguh agar Allah melimpahkan redhaNya kepada kita.
Biarpun dia telah pergi, bukan bermakna kita tidak boleh berbakti.
Ingat! sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
"Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."Anak yang soleh yang berdoa untuknya. Inilah yang perlu kita lakukan. Doakan ibu bapa kita, dan untuk mengharapkan agar Allah menerima doa kita, berusaha! berusaha! dan berusahalah! agar kita menjadi anak yang soleh dan solehah.
Jangan hilang bakti biarpun mereka telah pergi. JOM JADI ANAK SOLEH/AH YANG SERING MENDOAKAN KEDUA IBU BAPANYA. JOM!
Ya Rabb,
Ampunilah dosaku,
dosa kedua ibubapaku,
dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
Ya Rahman,
Kau sinarilah kuburnya dengan cahaya,
Kau lapang kuburnya seluas mata memandang,
Kau bahagiakanlah dia di sana,
Kau tempatkanlah dia bersama para anbiya,syuhada serta mereka yang soleh,
Kau jadikanlah alam barzakh itu tempat berehat buatnya.
Kau rahmatilah dan redhailah dia.
Sungguh Ya Allah,
setinggi langit juga cinta aku padanya,
aku yakin Engkau lebih mencintainya,
kerana cinta itu kau kurniakanlah segala kebaikan buat dia Ya Rahman Ya Rahim.
Ameen Ya Rabb...
...........................................................................................................................................
Abah,
Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau abahku kau ayahanda sejati
Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau abahku kau ayahanda sejati
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa
Ya Allah,
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau abahku kau ayahanda sejati
Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau abahku kau ayahanda sejati
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa
Ya Allah,
Tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang diKau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Ayahandaku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah terus ku kirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku abahku kau ayahanda sejati...
Abah,
Kami sangat bertuah memilikmu sebagai seorang ayah.
_adik_
-al-fatihah buat abah yang dicintai kerana Allah dan mereka yang telah pergi menghadap Nya-
::berjalan tanpa henti, jauharah al-shiffa'::
Tempat yang diKau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Ayahandaku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah terus ku kirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku abahku kau ayahanda sejati...
Abah,
Kami sangat bertuah memilikmu sebagai seorang ayah.
_adik_
-al-fatihah buat abah yang dicintai kerana Allah dan mereka yang telah pergi menghadap Nya-
::berjalan tanpa henti, jauharah al-shiffa'::
salamu'alaik wtb..,
ReplyDeletei would like to start my words with the meaning of a verse mention in Al-Quran..
kullu nafsin za iqatul maut
every soul shall taste death (3;185)
this really touchable and i can't finish the reading especially when it came to the "abah's poem"..
may Allah SWT blesses them.. who already left us.. ameen~
'alaiki salam.. abah's poem tu adalah lrik lagu yg sy ubah skit2.. :)
ReplyDeletesma2 kta sling doakn mereka... ^_^ al-fatihah...